BeautyHealth

Minuman Kolagen Belixz Maqnifiq

Minuman Kolagen Belixz Maqnifiq Blog Featured ImageMinuman Kolagen Belixz Maqnifiq Blog

(This article is written by Nick Lai, based on the original article https://www.mummyjene.com/2020/07/belixz-maqnifiq-collagen-drink/)

Sebagai seorang wanita dan juga ibu, kekal kelihatan segar merupakan sesuatu yang penting untuk saya. Tetapi bukan sahaja kesegaran luar yang saya harapkan tetapi, saya juga mementingkan keadaan dalaman kulit saya. Sejak sekian lama, saya telah mengambil buah-buahan seperti oren dan buah beri yang memang terkenal dengan khasiat untuk memperbaharui sel kulit. Selain daripada mengambil buah-buahan, saya turut mengambil Belixz Maqnifiq yang berkesan untuk mengekalkan seri pada wajah saya. Tidak seperti kapsul anti penuaan lain yang terdapat di pasaran, Maqnifiq dari rangkaian BElixz keluaran BE International mengandungi bahan semulajadi yang bakal memberikan kesan terbaik kepada kulit. Adalah sangat digalakkan untuk mula mengambil BElixz Maqnifiq ketika usia kita awal dua puluhan. Ini kerana bermula usia 25 tahun, tubuh kita tidak dapat menghasilkan kolagen yang cukup seperti sebelum ini. Setiap tahun, tubuh kita akan mengalami penurunan kadar pengeluaran kolagen sebanyak 1%. Seperti yang saya katakan, mendapatkan kulit yang cantik tidaklah sukar kalau anda mengamalkan cara sihat seperti tidur yang cukup, makan buah-buahan dan sayur-sayuran tentunya mengambil minuman BElixz Maqnifiq yang akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang licin.

 

Apakah Kebaikan Mengamalkan Belixz Maqnifiq?

Secara jujur, bukan sahaja kulit saya yang mendapat manfaat daripada BElixz Maqnifiq ia turut menguatkan otot dan juga tulang saya.

  • Terdapat peptida kolagen ikan yang dihidroslasi dengan molekul rendah yang membantu penyerapan pada kulit, memberikan keanjalan kulit sambil memperkayakan kulit kita dengan nutrien.
  • Selain bahan yang disebutkan tadi, bahan lain yang terkandung dalam minuman ini adalah phytoceramide yang lipid gandum yang akan mengubah fungsi penghadang kulit bagi menjadikan kulit kita lebih sihat.
  • Bahan lain termasuklah rosemay dan ekstrak limau gedang yang terkenal sebagai buah terbaik dari alam semulajadi untuk meremajakan kulit.

Sebahagian wanita mungkin memilih untuk menggunakan pelbagai jenis solekan untuk kelihatan muda dan segar. Tetapi, sedikit sahaja dari kalangan mereka yang tahu bahawa solekan ini secara beransur-ansur merosakkan kulit terutamanya jika seseorang itu lupa untuk menanggalkan solekan tersebut sebelum tidur. Terdapat juga para wanita yang menggunakan Botox untuk menghilangkan tanda penuaan. Amalan ini bukan sahaja berbahaya untuk kulit tetapi juga boleh menjejaskan akaun bank.

Banyak rutin penjagaan kulit yang dapat membantu menghasilkan kolagen yang bertanggungjawab menguatkan sel kulit. Kenapa kolagen sangat penting untuk tubuh kita? Ini kerana ia mengandungi amino acid yang dikatakan protein yang paling banyak dalam sistem kita. Tanpa kolagen, tisu dalam badan kita akan rosak. Kita perlu memastikan diri kita mempunyai kolagen yang secukupnya untuk kebaikan otot, kulit dan tulang. Tak lupa juga kulit yang sihat, lembut dan juga anjal. Walaupun solekan dan juga Botox kedengaran menarik dan bermanfaat untuk sesetengah orang, lebih baik jika kita menggunakan cara semulajadi. Walaupun anda menggunakan cara yang lebih semulajadi, ia tidak akan berhasil dalam masa sehari. Ia akan mengambil sedikit masa.

 

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang BElixz Maqnifiq

 

Apa Itu Belixz Maqnifiq?

Belixz Maqnifiq adalah minuman kolagen yang dipatenkan dengan formulasi 100% bahan semula jadi.

Apakah Bahan Yang Terkandung Dalam Belixz Maqnifiq?

Belixz Maqnifiq mengandungi bahan aktif seperti kolagen, phytoceramide (lipd gandum), rosemay dan ekstrak limau gedang.. Ia turut mengandungi bahan lain seperti blackcurrant, strawberi, beri biru, raspberi, fructo-oligosaccharide, xylitol, kulat putih, dan asid sitrik.

Apakah Kebaikan Belixz Maqnifiq?

Belixz Maqnifiq membantu meningkatkan struktur kulit. Melembapkan sel-sel kulit dan juga melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari.

Bagaimanakan Cara Pengambilan Belixz Maqnifiq?

Campurkan 1 sachet Belixz Maqnifiq ke dalam 100ml air dan kacau sehingga larut dua kali sehari. Terdapat 30 sachet di dalam satu kotak. Bagi pengguna berumur 25-35 tahun, disarankan untuk mengambil 1 sachet di waktu pagi selepas sarapan dan 1 sachet di waktu malam. Bagi pengguna yang berumur 36 tahun ke atas yang selalu terdedah kepada cahaya matahari, kami menyarankan anda untuk mengambil 2 sachet di waktu pagi selepas sarapan dan 2 sachet pada waktu malam.

Di mana Anda Boleh Mendapatkan Belixz Maqnifiq?

Belixz Maqnifiq merupakan produk eksklusif daripada BE International, di mana pembelian hanya boleh dilakukan oleh ahli. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh mengisi borang di bawah. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Belixz Maqnifiq dari BE International? Hubungi saya melalui Facebook messenger di sini atau isi borang di bawah dan saya akan menghubungi anda nanti

 

BE International Post Banner CTA Image
BE International Post Banner CTA

Berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang Belixz Shiruto atau BE International? Hubungi saya melalui Facebook messanger di sini here atau hanya isi borang di bawah dan saya akan menghubungi anda. ?

Name *

Email *

Mobile No *

Comment or Message *

 

What is This About? *



 

Nick Lai
the authorNick Lai

3 Comments

Comments are closed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop