Work At Home

Pernahkah Anda Mendengar Mengenai BE International?

BE International Sebagai Sumber Pendapatan Blog Featured ImageBE International Sebagai Sumber Pendapatan Blog

(This article is written by Nick Lai, based on the original article https://www.mummyjene.com/2020/07/be-international-networking-home-business-platform/)

Bagi saya, menjadi seorang ibu dan pada masa yang sama bekerja secara sambilan dari rumah, merupakan cabaran yang sangat besar. Bukan sahaja perlu memastikan keselamatan diri sendiri tetapi saya juga perlu memastikan si kecil selamat. Menjadi seorang ibu yang bekerja sudah cukup susah tambah lagi bila anda perlu memikul tanggungjawab kerja dan juga peribadi pada masa yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mummyjene (@mummyjene)

 

BE International Sebagai Sumber Pendapatan

Mujurlah BE International iaitu sebuah syarikat terkemuka di Malaysia telah menjadikan kehidupan harian saya menjadi lebih mudah. Fokus mereka bukan sahaja kepada perniagaan semata-mata tetapi juga menjaga kebajikan orang lain. Pendapatan biasa saya selalunya tidak mencukupi, tetapi dengan BE International, saya berpeluang untuk memulakan perniagaan dari rumah tanpa perlu mengorbankan masa saya bersama anak-anak. Perubahan ini telah membuatkan kami berubah dengan cara baru dan menjadikan kehidupan kami lebih selesa. Sebagai ibu yang bekerja, saya memang mencari platform perniagaan dari rumah untuk ibu-ibu bekerja menambah pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian sekaligus meringankan beban kewangan.

Kelebihan Memulakan Perniagaan

Apa yang saya suka tentang menjadi sebahagian daripada ahli BE International adalah kerana mereka mempunyai produk terbaik yang boleh anda temui di pasaran. Tidak sukar untuk mendapatkan pelanggan setia yang akan kembali kepada anda untuk membuat pembelian semula. Mereka memfokuskan kepada produk kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan dengan formulasi seimbang bagi meningkatkan tenaga untuk kesihatan yang lebih baik. Satu lagi perkara menarik bila saya memulakan perniagaan dengan

BE International ia bukan sahaja membantu saya untuk menambah pendapatan tetapi juga memperluaskan jaringan saya dengan rakan-rakan dari industri yang berbeza. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha lebih kuat lagi. Ia mendorong saya menguruskan tanggungjawab di dalam dan luar rumah dengan lebih baik. BE International membuatkan saya sedar bahawa ibu yang bekerja seperti saya masih lagi berpeluang untuk meningkatkan hidup demi anak-anak. BE International mengajar saya tentang cara menguruskan stress, berkomunikasi dengan orang yang berbeza dan juga menyerlahkan kreativiti dan juga tenaga positif.

Jangan Terburu-buru

Disebabkan memulakan perniagaan bakal membuka lebih banyak pintu peluang kepada saya, ini tidak bermaksud saya perlu terburu-buru. Saya percaya yang saya perlu memberikan masa untuk diri saya membangunkan perniagaan sedia ada terlebih dahulu dengan BE International. Ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan bahan pembelajaran ini turut disediakan oleh mereka. Sebagai contoh, mereka menyediakan bahan latihan secara percuma dan pelbagai lagi kelas pembangunan diri secara online semasa wabak pandemik COVID-19. Ini membolehkan saya mengikuti kelas tersebut tanpa perlu keluar dari rumah pada masa yang sama saya dapat menjaga anak-anak. Jika saya tidak berpeluang untuk mengikut mana-mana kelas tersebut, saya masih berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada ketua saya (atau perlu saya katakan upline?)

Jangan Mudah Berputus Asa

Ada masa di mana saya terasa seperti ingin berputus asa, tetapi kerana BE International, saya mendapat harapan yang keadaan akan berubah menjadi semakin baik. Ia membuatkan jiwa saya berasa lebih tenang dan tidak perlu memikirkan tentang cabaran pada hari esok kerana syarikat ini mengamalkan semangat ‘kita satu keluarga”. Saya boleh menceritakan masalah saya kepada sesiapa sahaja tanpa perlu rasa ragu-ragu. BE International sememangnya merupakan satu platform perniagaan dari rumah yang terbaik untuk ibu yang bekerja seperti saya. Secara jujurnya, ibu yang tinggal di rumah akan mendapat pendapatan tambahan dan BE International memberikan peluang terbaik untuk mereka ini mencapai matlamat kewangan yang diimpikan. Hidup kita ini tidak terlepas daripada cabaran. Tetapi, akan ada peluang terbuka di hadapan kita. Kita hanya perlu bersedia dan mahu belajar.

Tidak dinafikan, kita mampu untuk mengembangkan perniagaan kita tanpa kita sendiri menyedarinya. Kita dapat mengenali dan berhubung dengan orang di seluruh dunia. Ini merupakan pengalaman luar biasa untuk mempelajari budaya luar dan berkongsi perniagaan dengan mereka. Ia juga merupakan satu prestasi menakjubkan bila dapat membantu orang lain untuk meningkatkan kesihatan dan juga kesejahteraan mereka. Berikut merupakan beberapa kempen derma yang telah dilakukan oleh syarikat BE International.

BE International telah mendermakan RM300,000 kepada Yayasan Sin Chew untuk membekalkan keperluan kepada pekerja barisan hadapan yang bertarung melawan pandemik seperti topeng muka, alat pernafasan dan pakaian pelindung. Dengan setiap pembelian setiap kotak Belixz Shiruto pada November 2019, BE International akan mendermakan RM10 kepada PINK RIBBON Wellness (L) Foundation bagi menunjukkan sokongan kepada bekas pesakit kanser payudara di Malaysia. Sentiasa-lah kita ingat bahawa perlakuan kecil sekalipun mampu menyentuh kehidupan orang lain dengan cara yang tidak kita ketahui dan ia mungkin akan membantu mereka untuk terus berjuang sehari lagi.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform BE International? Hubungi saya melalui Facebook atau isi borang di bawah dan saya akan menghubungi anda.

Nick Lai
the authorNick Lai
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop